21 Ogos 2010 Mendirikan tower untuk antena VHF dengan ketinggian 70 kaki Gambar Kiri : Pak Chot (9W2PCS) sedang membuat persiapan terakhir dengan dibantu oleh dua anak gadisnya yang begitu prihatin kepada ayahndanya. Kanan Bawah : Kerja-kerja pemasangan antena dibantu oleh rakan-rakan HAM Kiri : Tower sedang didirikan. Kanan atas : Antena sudah sipa dipasang dan sedia diuji pemancarannya. Saya berterimakasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kerja-kerja mendirikan tower walaupun dalam keadaan berpuasa rakan-rakan, menantu dan bapa saudara begitu bersungguh-sungguh berusaha hingga berjaya mendirikan tower pada hari ini. Jumlah perbelanjaan : Buat dan pasang tower dengan ketinggian 70 kaki oleh 9W2PCS (Pak Chot) hingga siap RM900.00, antena diapole 4 step beli dengan 9W2KRE terima dirumah RM700.00, kable beli dengan 9W2USF diamond RG8A/U Super Gainer Series panjang 37 mtr X 2 = RM500.00 Jumlah keseluruhan secara kasar RM2,100.00.
6 September 2016 membina tapak tower HF 70 kaki
6 September 2016 membina tapak tower HF 70 kaki