Terimakasih kerana anda sudi melayari blog ini.

Blog ini berkaitan diri saya, keluarga dan rakan radio amator HAM


Tangan

Mari kita lihat pada ruas jari-jari kita, Kalau ruas jari kita kehitaman itu bermakna badan kita penuh dengan toksik dan racun. perkara ini boleh menyebabkan badan kita mudah sembelit. ITU SAHAJA YANG SAYA TAHU BELAJAR MENGENAI RAHSIA DI SEBALIK TAPAK TANGAN....
wallahu`alam.... 

Mari kita renungkan : Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan pendapatan, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan pendapatan itu untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang). JAGALAH KESIHATAN KITA.. KERANA IA ADALAH ANUGERAH ALLAH YANG TIDAK TERNILAI. 

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang perempuan, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok , maknanya haid tidak teratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh. Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin, Selain itu, masalah tapak tangan berpeluh atau lembab, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser. 

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric. Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.. 

Seterusnya,yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.cuba kita tengok pada kuku setiap jari kita..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang. tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja , itu menandakan anda seorang yang sihat..insya allah...

PENGIKUT