Terimakasih kerana anda sudi melayari blog ini.

Blog ini berkaitan diri saya, keluarga dan rakan radio amator HAM


Aku dan Radio Amator


Kisah Benar
 Sepanjang Pembelajaran
Pada tahun 2007 amat mengemparkan apabila keputusan RAE dikeluarkan. kami sekeluarga sama sekali tidak menduga dengan keputusan RAE. Amat mengemparkan apabila, 8 orang dari keluarga saya berjaya sedangkan saya mejangkakan hanya 2 atau 3 orang sahaja yang berjaya.
 
Saya amat terhutang budi pada 9M2PZ, 9M2ZB dan 9W2LI mengajar saya setiap minggu tanpa jemu selama 2 bulan. setiap kali saya mempelajarinya, saya akan kembali ke rumah dan menyampaikan semula pada ahli keluarga saya.
 
Selain itu, saya juga mencari soalan daripada rakan-rakan jika soalan dalam bahasa inggers, saya akan mengupah seorang rakan yang boleh alih bahasa inggeris kepada bahasa malaysia.
 
Saya juga akan mencari 50 contoh soalan objektif seminggu untuk keluarga saya cuba menjawab dimana jika ada, kami juga membuat rujukan dari buku dan dari rakan-rakan HAM yang telah berjaya, kami sama-sama berbincang untukmencari jawapan yang betul. uji kaji soalan ini dibuat seminggu sekali dimana mingu terakhir kami membuat setiap hari. dimana satu hari terakhir sebelum hari RAE, kami mengulang semua 300 soalan objektif berulang kali.
 

Pada hari peperiksaan
Sepanjang perjalanan kami juga membuat ujian yang sama sehingga ke tempat meletak kenderaan tempat ujian RAE di USM Pulau Pinang. Saya dan keluarga sama-sama ambil ujian dimana selepas mengambil ujian, itulah kisah perit manis dan rahsia disebalik kejayaan yang telah kami lalui sebelum mencapai kejayaan.

Pada 16 Disember 2009
Seorang lagi anak saya (Hayati) telah lulus RAE derngan mendapat Callsign 9W2YNI

PENGIKUT