Terimakasih kerana anda sudi melayari blog ini.

Blog ini berkaitan diri saya, keluarga dan rakan radio amator HAM


Resepi

Resepi Bubur Lambuk Cikgu Hjh. Halijah

Resepi ini saya ambil dari seorang ibu rakan baik dan diubah mengikut citarasa Kami sekeluarga.

Bahan-bahan :-
1.      5 Kilo beras
2.      2 Kilo Daging / 3 Kilo Ayam
3.      250gm Udang Kering
4.      2 Kilo Santan pekat.
5.      2 cawan garam kasar atau ½ kg (atau secukup rasa)
6.      2 sudu Lada hitam * boleh tambah kalau nak lagi pedas
7.      ½ Kilo bawang merah
8.      1 Kilo bawang besar
9.      2 Labu bawang putih
10.    200gm halia
11.    200gm Lengkuas
12.    10 batang serai
13.    3 sudu besar halba
14.    Perasa jika suka.


Penyediaan Bahan :-
1.      Masakkan beras hingga menjadi bubur. 
2.      Halia diketuk
3.      Serai diketuk
4.      Daging/ayam dipotong halus dibasuh
5.      Udang Kering dibasuh
6.      Lada hitam dibasuh (jika perlu tumbuk)
7.      Bawang merah digoreng,
8.      Bawang besar, bawang putih dikisar (ketepikan)
9.      Halia dipotong nipis dan diketuk
10.    Lengkuas dipotong nipis dan diketuk
11.    Halba                   
12.    Perasa jika suka.


Cara Membuatnya :-
1.      Setelah bubur disediakan, masukkan halia,lengkuas dan serai
2.      Masukkan bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar.
3.      Biarkan sebentar hingga mendidih.
4.      Masukkan daging dan udang kering
5.      Masukkan lada hitam dan halba
6.      Kacau-kacau kerap sikit sebab bimbang nanti berkerak. Tunggu hingga mendidih.
7.      Akhir sekali masukkan santan.
8.      Masukkan garam dan perasa secukupnya.
Sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!



Resepi Air Mata Kucing

Bahan-Bahannya:-
1.      Sebungkus longan kering
2.      Sedikit Laici
3.      Sebungkus Kurma rnerah (Red Dates)
4.      Gula pasir secukup rasa
5.      Sebiji gula batu
6.      Gula Merah Secukupnya

Caranya:-
1.      Buah longan kering, sedikit Laici dan kurma rnerah (Red Dates)  dibasuh dan keringkan
2.      Rebuskan Buah longan kering, sedikit Laici, kurma merah (Red Dates) dan gula batu sebiji Biarkan buah longan hingga kembang.
3.      Masukkan gula pasir secukup rasa dan masukan gula merah secukupnya.
4.      Rebus sampai kembang.
5.      Angkat dan sejukkan.
Semoga berjaya


Resepi Air Bunga

Bahan-bahanya:-
1.      45 Kuntum bunga kekwa
2.      1 jug air
3.      I Ketul gula batu

Caranya:-
1.      45 Kuntum bunga kekwa cuci dengan air dan dibasuh dan keringkan 
2.      Rebus bunga kekwa bersama 1 jug air dan 1 ketul gula batu.
3.      Bila dah naik baunya tambah gula secukup rasa.
4.      (jika suka masukan sedikit pewarna).
5.      Bila masak angkat.
6.      Boleh diminum secara panas atau sejuk (masukan ais). 
7.      Semoga anda berpuashati.

PENGIKUT